What a stress year
Saturday, January 21 @ 8:14 PM
Assalamualaikum.
Sup everyone!? Pehh, dah lama tak update blog. Nak update je, mesti terbantut. Pity me. So, sekarang ni ada sedikit masa terluang, saya dengan sukacitanya nak update blog sejak bermulanya sekolah sampai sekarang. Taklah setiap jam aku cite. Melampau ah tu. lols. Sekarang belambak gila kerja sekolah. Mentang-mentang cuti 5 hari, cikgu nak kasi homework lebih. Tapi....Twitter dan blog telah mempengaruhi minda aku dulu berbanding homework. Pengaruh yang sangat besar. Hahahaha
Start sekolah je dah ada perhimpunan rasmi. Pengawas kena pakai blazer. Yang pakai tu kebanyakkannya AJK form5 dan geng aku je. Pehh, awkward gila. Lama-lama dapat rasa bahangnya. Memang seksa. Tapi nampak cool je. Watlek watpeace. Masuk-masuk kelas je, dapat tempat duduk paling belakang. Kuang ajak. Dahlah belakang. Tak dapat kipas pulak tu. Nasib baik aku duduk sebelah pintu. Boleh usha-usha orang. Hehe. Kau ado? Tapi susah nak fokus kat depanlah sebab dok tengok orang lalu-lalang.
Besoknya, 5.1.2012. Ada perjumpaan pengawas. Agak lewatlah masa tu. Then, cakap itu ini. Tetiba teacher lantik aku as bendahari untuk form3. Bam! Terus ada satu tanggungjawab yang harus aku pikul sampai ke hujung tahun. Satu lagi, abang faiz pulak lantik aku as penolong pengawas untuk form3. Ketuanya? Of course lah Aiman Faris yang terlebih poyo tu. lols.
My life at hostel not bad. Ada kengkawan. Tu yang best tu. Dapat usha-usha aspura dengan budak bola yang tengah berlatih dekat padang. Hehe, gatai benor aku ni. Ada jugak orang pelik kenapa aku duduk kat asrama. Padahal ramai yang tak suka duduk asrama. Well, that's just me. First tu agak awkwardlah. Sebab campur dengan semua form dan budak-budak Model Khas yang umurnya darjah 4 hingga darjah 6. And me, among ze senior. HAHAHAHAHAHA.
Bila mesyuarat Unit beruniform, kelab dan persatuan dan sukan, aku dengan beberapa orang kawan aku berpecah belah jap. Kejap je, tak lama. Aku join PBSM, Persatuan Pelajar Islam dan Catur. Aku tak tahu pon ada kelab photografi. Memang serious menyesal gila kot!!! Meraung aku! Tapi tak mengapa, ada hikmah disebalik semua ni. Cewah. PBSM, aku jadi AJK untuk form3. Persatuan Pelajar Islam pulak aku dapat jadi Setiausaha. Trimas kepada saudara Khairul kerana mencalonkan nama saya sebagai S/U PPI. Terima kasih sangat-sangat -.- Memey stress.
Sampai sini jelah aku menaip. Berdenyut-denyut gigi aku sekarang ni. Until we meet again. Assalamualaikum!
Niall Horan! Xx